Eluna Academy ialah sebuah platform pembelajaran Islam moden yang menawarkan pelbagai program secara online dan fizikal, berfokus kepada pengajian Al-Quran, Hafazan, dan Bahasa Arab.
Kami percaya setiap individu berhak mendapat peluang untuk belajar dan mendekatkan diri kepada ilmu Islam tidak kira umur, tahap atau lokasi.
Program Utama Eluna Academy:
Try Ngaji – Kelas Mengaji Al-Quran (Fizikal & Online)
Try Hafazan – Kelas Hafazan dan Tasmik (Fizikal & Online)
Try UPKK – Tuisyen Ulangkaji Bahasa Arab UPKK (Online)
Misi Kami
Memberi peluang pembelajaran Islam yang fleksibel, mudah difahami, dan mampu milik untuk semua peringkat umur.
Visi Kami
Menjadi platform pendidikan Islam pilihan utama dalam membina generasi yang celik Al-Quran, fasih berbahasa Arab, dan berakhlak tinggi.